Sejarah

Pertanyaan

Jelaskan sumbangan Tamadun Rom dalam aspek senibina

1 Jawaban

  • Tamadun Rom telah memperkenalkan sistem republikyang mengandungi unsur demokrasi (rakyat terlibat dalam pemilihan ketua negara, iaitu presiden) dan ini diwarisi hingga ke zaman kini walaupun agak berlainan sedikit dengan sistem republik moden.Contohnya, India, Perancis dan Afrika Selantanmengamalkan sistem republik.PerundanganTerdapat tiga undang-undang Rom iaitu: undang-undang sivil adalah untuk warganegara Rom (bertulis dan tidak bertulis), undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara (meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi) dan natural law (undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undang-undang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa untuk menindas)Maharaja Justinian telah menyusun semula sistem undang-undang dan terhasilnya undang-undang Justinianyang diguna pakai sehingga ke hari ini.  
    **4 prinsip undang-undang Rom:- semua manusia sama di sisi undang-undang
                                                      - seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya
                                                      - keadilan terhadap setiap individu
                                                      - hukuman adalah berasaskan bukti yang mencukupi
    KeagamaanTamadun ini telah mengembangkan agama Kristian.Bahasa dan KesusasteraanSistem tulisan tamadun Rom diubahsuai daripada tulisan Yunani tetapi bahasa Latin juga digunakan.Terdapat dua orang penulis dan penyajak iaitu Cicero dan Virgil. Kesusasteraan Rom umumnya bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme.Perancangan Bandar dan Seni BinaKonsep perancangan tamadun ini adalah baik kerana pembinaan bandar Rom adalah terancang dan dilengkapidengan pelbagai kemudahan awam dan infrastukur. Contohnya:- bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana. Kepincangan masyarakat tamadun ini merancangkan bandar dapat dijadikan rujukan kepada generasi kini.Pembinaan bangunan seperti aqueduct (saliran air bersih), Colloseum dan Pantheon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina., Kemahiran masyarakat Rom membina sistem saliran bawah tanah dan terusan juga merupakan salah satu sumbangan kepada kita.
    Sains dan TeknologiDunia hari ini berasaskan kalendar Rom yang mempunyai 365 hari 12 bulan. Perkembangan sains dan teknologi Rom adalah dari asas pengetahuan tamadun Yunani.Boethius, seorang ahli matematik Rom mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.Pendidikan Pendidikan tamadun ini amat menekankan aplikasi ilmu yang prakitkal dan semagat setia- menyebabkannya terkenal dalam penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur.

Pertanyaan Lainnya